Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku akan kasi review sikit about Hujan band's 5th album, Jika Sempat. Untuk pengetahuan semua, album Jika Sempat ni released digitally on apps Spotify pada 14 April 2016. Masa album ni released digitally, aku memang dah dengar dulu before album physically dikeluarkan kat pasaran.
Aku memang tertunggu-tunggu album baru Hujan band setelah 4 tahun mereka menyepi. Aku mula-mula terkejut juga bila dengar Hujan band perform masa event "Weekend At The Park". Lepas event tu je, kebetulan ade pop-up gig kat Taman Buaya, Melaka (which is dekat dgn tempat aku and of course aku pergi time tu *insha Allah nanti aku share utk next entry*).
Aku rasa macam mimpi sebab Hujan band buat comeback after 4 tahun weh!
Tbh, sepanjang 4 tahun tu aku sedih dan kecewa sebenarnya. Dengar rumours cakap Hujan band nak berpecah. Tak tipu la kalau aku tak marah dan sedih bila dgr. Tapi kesedihan aku tu dah hilang selama-lamanya,
HUJAN BAND IS BACK!! *banzai*
Masa Hujan band comeback tu, aku memang mengharapkan kemunculan album baru.
Mula-mula muncul single "Pemicu Gila", lepas tu ada dengar album baru akan release tahun ni, 2016!!
Masa album Jika Sempat released kt Spotify tepat pkul 12 malam, aku cepat-cepat dengar. Perasaan aku bila first time dengar lagu-lagu dalam album ni, aku rasa kagum dan relax. Music arrangement semua best! Suara Noh pun lain daripada biasa. Seriously! Aku tak dapat nak describe macam mana, nanti dengar lah sendiri okay. Perbezaan daripada segi suara Noh, bagi pendapat aku sekarang lebih matang. RESPECT!
Okay jom tengok rupa bentuk album ke-5 Hujan band, Jika Sempat.
 |
Front cover |
Ramai yag tanya kenapa front cover album Jika Sempat gambar ballerina.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa smart je. Aku pernah mention kat account twitter Hujan band.
Aku tweet "rasa nak menari bila dengar lagu-lagu baru dalam album Jika Sempat ni, and aku rasa
tema ballerina tu sesuai dengan lagu-lagu yang ada dlm tu". Then, admin twitter Hujan reply "pandai pun".
Lol. So aku assume betul lah kan.
 |
Ruangan album Jika Sempat |
Gambar Hujan band masa event dorang kat Brighton, UK pun ade!
Ni first time ade muka ahli-ahli Hujan band ada kat dalam album. Kat gambar atas tu ade signature Noh, Izzat dgn Am je haha. Aku mintak masa kt KLIA haritu.
Ada antara lagu-lagu dalam album ni yang mungkin korang pernah dengar. Hujan band kan banyak demo, Raingers mesti ade yang pernah dengar kan. Tapi perbezaan lagu-lagu demo yang korang dengar dengan lagu-lagu dalam album ni ialah music arrangement yamg best and suara Noh yang makin padu!
Haritu aku ada menang peraduan Hotlink untuk ke special gig Hujan band sempena album baru ni kat The Slate masa 15 April 2016. Ada lah beberapa details yang aku ingat masa tu.
Noh cakap lagu tajuk Sendiri tu sebenarnya lagu demo tajuk Kepak Ayam. Agcoco pulak cakap lagu Jangan Lupakan Aku tu Noh yang buat khas untuk Raingers.
Apa lagi tah aku dah lupa haha sorry. Lagu Jika Sempat tu khas untuk yang tengah heartbroken haha.
Pasal event special gig ni nanti aku share di post yang seterusnya okay. Banyak sebenarnya
event gig/concert Hujan band yang aku dah pergi. Tapi tak share lagi kat sini.
 |
Ruangan album dan CD Jika Sempat |
Daripada segi graphic, aku rasa smart gila weh album ni. Aku beli dengan harga RM30 masa event 'A Dream Within A Dream' haritu. Belakang CD tu ade corak gak. Huruf 'J' and ade gmbr payung atas tu. Bekas CD ni aku kurang minat sikit. Sebab aku pernah tertumpah air *secara tak sengaja* kat album soundtrack Naruto The Last aku & bekas album tu macam ni gak ah reka bentuknya. Habis basah & kertas tu jadi kembang zzzz. Sepanjang aku memiliki album Jika Sempat ni, dah ade kesan calar kt cover album. Lol. Warna hitam album tu macam trkikis. Nampaknya aku kena balut album ni sebelum jahanam teruk huhu.
 |
Buku kecil ni mengandungi lirik-lirik lagu |
If dengar kat Spotify ada 12 lagu je. Tapi dalam album Jika Sempat ni ade 13 lagu.
Jap aku list kan lagu2 yg ade. Review kat bawah ni opinion aku je tau.
So far aku suka semua lagu, takleh nak list yang mana paling favourite. Rambang mata!
1) Pemicu Gila
Lagu ni aku memang suka gila babeng. Bila dgr aku rasa mcm bersemangat, mcm nak pergi berlawan. Kalau dgr live lagi best lagi double semangat, so far aku enjoy!
2) Biarkan Saja
Lagu ni pasal org yg suka blkg ckp pasal kita. Tak kisah lah sesiapa tapi lagu ni mmg
khas utk kita ignore je org yg dengki n suka ckp buruk pasal kita. Tenang aja!
3) Karektor Tentangan
Lagu ni psl sesorang yg contra dgn kau dan lagu ni mmg on point gila sbb aku pernah lalui.
Contoh mcm aku jumpa sesorang ni, dlm proses berkenalan sbgai kawan aku dh dpt
kesan bbrp perangai dia yg contra dgn aku n aku tak suka. Aku pun apa lg angkat kaki, blah la haha.
4) Papa Mama
Lagu ni pasal parents. Ade yg ckp lagu ni catchy tp aku rasa okay lah.
Kalau yg duk jauh drpd rumah atau rasa homesick ke apa, layan lah lagu ni.
Mesti nanges rindu parents punya! *sobs*
5) Jika Sempat
Lagu ni psl org yg baru/tgh/lepas putus cinta, boleh lah layan lagu ni.
Mesti nanges/sebak punya sbb teringt kenangan dgn ex-ex korg hahahahah.
Nseb baik aku dah move on drpd ex aku, kalau tak mmg tangkap leleh ah bila dgr.
Aku suka music arrangement dlm lagu ni.
6) Jangan Lupakan Aku
Bila dgr lagu ni dah boleh bygkn dah lagu ni pasal apa.
Lagu ni pasal Raingers. Bond antara Raingers dgn Hujan band.
Tak mungkin ktorg akan lupakn Hujan! :')
7) Sendiri
Dulu nama lagu ni Kepak Ayam, tapi dah tukar tajuk kpd Sendiri.
Lagu ni pasal kita nak jadi diri sendiri, tak peduli org nak ckp apa dan tak kn berubah.
Walaupun sunyi, kita kena cuba berusaha jugak utk bahagia!
8) Kamar Sepi
Bagi aku lagu ni sesuai utk aku hahahah. Aku kdg-kdg terpaksa terperap kt rumah.
Sama ada parents tak bagi kluar, takpun duit takde. Lol.
Tapi aku mmg byk spend time dlm bilik aku a.k.a kamar. Mmg sepi lagi-lagi
bila adik aku takde kt rumah. Yela sbb ktorg sebilik huhu.
9) Miri
Miri ni sbnarnya kampung Noh dekat Sarawak. Walaupun kampung aku kt Melaka,
aku still layan gak lagu ni. First time dgr smpai terngiang-ngiang lirik dia dlm kepala.
Best jugak lagu ni eventhough takde kaitan dgn aku. Lagu ni mungkin sbb Noh rindu kampung dia kot.
10) Aku Janji
Lagu ni best gila babeng!! Bila aku dgr lagu ni aku rasa mcm terpujuk *walaupun aku tak merajok dgn sesiapa*.
Aku suka gila music arrangement dlm lagu ni and aku rasa mcm nak menari weh hahahahah. Lagu ni aku rasa pasal contoh la laki aku outstation *aku tak kahwin lg k*,
laki aku ckp jgn bersedih nanti dia balik and dia rindu aku huhu.
Mcm tu lah kot hahahahah bestnya kena pujokkk cmniii *pls take note bakal zauj*
11) Berlari dan Mati
Lagu ni aku tak faham sgt maksud lirik dia. Aku tak tahu lagu ni utk crush ke utk musuh.
(I meant bkn musuh la tapi utk org yg cari pasal dgn aku ke...). Lirik lagu ni panjang lah gak.
Aku tak faham kenapa perlu berlari dan mati? Lol. Mungkin la lagu ni utk crush.
If crush reject kau atau xbg kata putus, pi la berlari pastu mati (mati which means bkn betul mati tp jiwa mati?). Jiwa mati n tak larat nak buat pape ke? Aku pun x fhm sgt lol. So opinion aku
pasal lagu ni kita KIV okay :p
12) Kau
Lagu ni pasal ketuhanan. Aku rasa kalau siapa yg takde idea nak doa apa bila tgh resah gelisah,
kau doa je pakai lirik ni. Lirik ni bagus. Bagi aku music arrangement dlm lagu ni mcm laju n bila
Noh nyanyi lirik tu mcm perlahan. Aku mcm serba salah nak menari ke tak bila dgr lagu ni lol.
Tapi tu lah, lirik lagu ni terbaik ah!
13) Tambahan;
- audio bunyi air hujan
Mula-mula aku ingt kena troll ke apa haha. Sbb katanya ade satu lagu extra so aku mcm excited nk dgr. Anyway, mmg tenang je bila dgr audio ni.
- Tunggu Sekejap versi akustik
Lagu ni tak silap aku arwah P.Ramlee yg nyanyi dlm cerita Sarjan Hassan.
Tapi yg ni version Hujan band + akustik. Best!!
 |
Last page buku lirik album Jika Sempat |
 |
Back cover album Jika Sempat |
So that's all about album Jika Sempat.
Go and buy it in your nearest store!
Aku beli ni serious tak menyesal,
THANK YOU HUJAN! :)