Pakcik posman baru lalu,
dengar lah suatu kisah ku dahulu.
Entry kali ni berkisahkan adik angkat. Yup. Aku pernah ade adik angkat suatu ketika dahulu, biasalah budak asrama. Bila aku imbau balik kenangan dengan adik angkat aku, aku rasa kelakar pun ade. Sedih pun ade, that time when I was in form 2. Lagi satu minggu form 1 nak masuk mendaftar, I was like so damn excited. Seriously excited. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dipendekkan cerita, ade seorang form 1 ni dapat katil sebelah aku. Maybe sebab ada kawan baru kot, lol gila loner. Lepas tu cuba bayangkan aku ni tengah excited nak berkenalan then ada orang tu buat tak endah je? Aku agak pissed off gila lah. Namun, disabarkan juga hati ini. Mungkin dia segan lah kot. Day after day, aku rasa still tak ngam. Aku dah start tak suka dia. Yelah, asyik buat muka je siapa je tahan. Then, ade one day ni. Ade senior cari dia sampai ke dorm. So, I was like curious gila. Apa minah ni buat sampai ade form 4 ke form 5 *tah aku tak ingat dah* cari dia. Starting from that curious, I started to care. Hahahahaah sumpah lawak! I started to ask even nampak macam busybody pun.
Tapi, tu lah dia cerita je.
Aku rasa sejak tu kitaorang bercakap. Aku rasa lah. Tak tahu lah kalau aku lupa ke apa. Then makin lama makin rapat. There's something about her yang aku rasa macam care sangat. Aku taknak ah cerita kat sini. Even dia degil gila, garang sikit *aku rasa dia garang lah sebab dia selalu cubit aku*, aku dengan dia still rapat. Aku ingat lagi, waktu aku form 3 (waktu tu aku dengan dia tak sama dorm tapi dia dorm sebelah aku je haha), aku tipu dia do. Aku cakap aku nak pindah sekolah sebab ayah aku nak pindah tempat kerja. Pastu, dia percaya je. Hahahahaah! Dia menangis do. Dalam hati aku dah bersorak gembira sebab plan berjaya. Then, after raya tu aku buat-buat lipat katil *konon dah keluar sekolah ah*. Pastu, aku suruh dormate aku panggil dia untuk marah a.k.a lecture dia. Waktu dia kena lecture tu, aku menyelinap daripada pintu belakang sambil bawa kek. Happy birthday adek! Hahaha sorry prank teruk! Aku tahu aku jahat hahahah!
Namun, kenangan tetap kenangan.
Tak dapat aku cerita segalanya di ruangan ini. Aku rasa semua kenangan dengan dia tak pernah pahit except satu kenangan ni. Memang kali ni semua salah aku. Kerana perangai aku yang cepat membuat keputusan tanpa berfikir, hubungan adik-kakak angkat ni berakhir. Entah lah. Waktu tu, aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan. Kadang-kadang, aku rasa macam aku kongkong dia. Dan aku ade terfikir mungkin dia akan cari kakak angkat yang lain. So, aku tinggalkan dia dengan kata-kata aku dan perbuatan aku yang menyakitkan hati. Aku sedar aku salah. Hmmm. Sebelum aku meninggalkan sekolah, aku dah mintak maaf daripada dia. So if you read this entry.. Maafkan aku, adek.
Aku harap kau maafkan aku.
Yeah, aku memang berharap sangat dia maafkan aku. Aku tak nak dia berdendam or still marah. Baru-baru ni, aku pernah text dia. Tanya result SPM dia. Congrats anyway for your achievement. I was like trying to tanya khabar and borak kosong and so on. But still.. aku offended gila dengan satu ayat dia ni. Aku nak dia tahu aku dah berubah. Aku just nak kawan dengan dia, mungkin tak boleh rapat as dulu. I'm sorry okay.
Dear Adek 99,
you're the only one, the only first and last adik angkat I've ever had. Thanks for all the memories.
Sincerely,
Kakak 47.
Dear Adek 99,
you're the only one, the only first and last adik angkat I've ever had. Thanks for all the memories.
Sincerely,
Kakak 47.
No comments:
Post a Comment