-->
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Well behave woman doesn't make history.

13 August 2013

[Rant] My second time of unrequited love

Lampu pelita terangi malam,
salam lebaran kepada sekalian alam.

Entry kali ni aku nk complete kan cerita pasal crush aku. Aku pernah blogging mengenai hal ini dalam blog lama. Tapi, cerita tu tak lengkap sangat. So, aku ambil keputusan untuk habiskan cerita cinta bertepuk sebelah tangan aku itu hahahah. Anda dibenarkan gelak, aku bagi masa 2 saat je untuk gelak ._.




Bermulalah alkisah......

Ada satu petang tu aku berkayak dengan Wee. Sedang asyik bergembira dengan aktiviti kayak, aku terpandang wajah seseorang. Itu lah pertama kali aku melihat wajah lelaki kacak dan aku merasakan seperti ada sesuatu tentang dia *obviously aku tertarik dengan dia*. Aku tak pasti kenapa. Waktu tu, aku tengok dia seorang je. Dia menunjukan kekuatan yang ada pada dia (yela sado la berkayak pastu tolong angkatkan kayak tu semua). Semasa sesi bergambar sewaktu aktiviti kayak, kayak kami bersebelahan, cuma dia berada di depan kiri aku. Sebelum aku pulang, aku ade lah juga mencari-cari dia. Tapi, tak nampak kelibatan dia langsung kerana terlampau sesak (ramai orang aku jadi rimas so aku blah je naik bas).

Itu lah kali pertama dan kali terakhir aku berjumpa dengan dia. Kat sekolah dia, semasa sekolah aku dan sekolah dia ada program bersama.

Sejak hari itu, aku nak cari dia. Aku nak gila tahu nama dia, nak kenal dia. Namun, apa yang aku inginkan, tak tercapai hajat aku. Susah kot, time tu nak dapat internet pun susah. Kemudian, aku menyibukkan diri aku dengan persediaan SPM yang kian menjelma. Setelah aku tamat sesi persekolahan, aku menikmati cuti panjang yang lifeless di rumah bersama keluarga aku. Melancong dan menonton tv, aku juga melayari internet dan mempunyai laman sosial (time ni dah upgrade sikit sebab internet mudah nak cari and phone touch screen dah belambak).

Pada suatu hari, seorang rakan daripada sekolah dia mengajak aku untuk skype beramai-ramai.

Waktu itu, aku tak kenal langsung nama-nama asing yang terpampang di skrin laptop aku. Kitaorang semua pun berkenalan. Haha, masing-masing promote account twitter mereka waktu tu. Satu per satu nama mereka aku follow di twitter.

Tiba-tiba......

Aku terpandang lama satu nama ni setelah aku search. Cuba teka?? Hahahah sumpah kegembiraan terpancar di muka aku apabila melihat twitcon dia. Aku pasti sangat....

Itu dia. Dia yang aku mencari selama ini :)

Sejak tu, setiap malam aku mengikuti aktiviti mereka. Suara dia tak dapat aku gambarkan di sini. Then, aku search nama dia di facebook. Rupa-rupanya, dia sudah lama menjadi kawan aku. Hahahah aku tak perasan langsung weh selama ni! Pada suatu malam, kami semua saling bertukar nombor telefon.

"Atho, bangun cpat. Haha"
Mesej pertama aku terima daripada dia.
Pukul 6.03am, 18/05/2012.

Buat kali kedua pada 21/05/2012, aku melihat dia menerusi kecanggihan zaman IT sekarang, aku dapat melihat dia. Haishhhhhhhhhh skema betul ayat aku, haha. Dia dan rakan-rakan aku berborak. Aku hanya mampu diam dan tak berkata apa-apa. Aku tak sangka akhirnya aku dapat menjadi kawan dia. Aku gembira sangat :')

Ini pertama kali, aku merasakan jantung aku berdegup dengan kencang.

Cuti panjang tamat, kemudian aku sambung pelajaran aku di sebuah kolej matrikulasi. Ketiadaan internet or wifi membuatkan aku terpaksa contact dia menerusi SMS. Mungkin, aku rindu dia. Aku tak tahu, kenapa setiap kali aku sebut nama dia, terima message dia, aku senyum. Setiap kali cerita pasal dia, aku gembira sehingga aku menutupkan muka aku dengan selimut.

Baru aku menyedari bahawa, aku memang suka kat dia.

Pada hari raya 2012, aku whatsapp dia. Memberikan ucapan raya dan mintak maaf atas salah dan silap. Dia pun sama. Kami berborak dan dia bercerita tentang kampung halamannya di Melaka. Dekat gila dengan rumah aku weh dan kebetulan aku dan dia pakai baju raya warna biru pada hari raya pertama.

Pada hari jadinya yang ke-18, aku ingin menjadi orang yang pertama memberikan ucapan hari jadi. Dengan keberanian yang ada (tangan sejuk gila as fuck), aku pun call dia. Dan aku gembira apabila dengar suara dia dalam talian. Kami berborak dan kemudian menamatkan panggilan :')

Aku dah sediakan hadiah untuk dia. Tapi, aku tak tahu macam mana nak bagi. Aku harap dia suka hadiah tu walaupun bukan warna kegemarannya (which is white color). Aku nak je keluar dengan dia, celebrate dia, aku nak je bagi hadiah tu sendiri kat dia. Tapi, aku tak berani lah. Aku tak bersedia nak berjumpa dengan dia. Entah lah. Last-last, aku pos je hadiah tu plus sebab aku busy sangat dengan kolej.

Sampai hari ini, aku still rasa sedih dalam hati aku. Perasaan kecewa dan putus asa timbul bila
aku tahu dia suka orang lain. Dia suka kat kawan sekolah aku juga. Selama ini, aku tak sedar.. Takpelah, aku harap dia gembira dengan orang yang dia suka. Aku harap dia tak kan lupakan aku. Aku harap persahabatan kita kekal. Dengan itu, aku mengundur diri..




Tettttt! Pause kejap! Yang atas ni tulisan biru ni, satu entry daripada blog lama. Aku bagi dia baca wehhhhhh. My confession on 1st JANUARY 2013 and everything went down the drain, lol. He just replied "Thank you" to me. Next, sambungan cerita seterusnya. (maaflah panjang, anda boleh je click pangkah untuk keluar. Kbye)

After I declared that, I start to move on with my life. Actually... I guess I'm running from him .-.

Sebab aku dah tahu, dia dah couple dengan orang yang dia suka tu. Lagi-lagi, orang yang dia suka tu kawan sekolah aku -.-" Hambekk kauu! Haha nak buat macam mana, aku memang frust teruk la. Tapi lepas aku tahu tu aku biarkan jela, takkan nak kacau pulak kan. Memang taklah. I take my steps to avoid them. Masa tahu mereka dah couple, aku memang menangis teruk weh. Sampai lebam mata aku. Then, aku try tak contact dia langsung. Tapi, hari tu memang hari menyedihkan untuk aku. Aku sampai lost weight 3kg sebab tak lalu makan. I'm hurt and my whole body hurts too. Feeling useless and I'm trying hard to forget him.



Here's my last words for him as a closing of my another chapter titled "my second time of unrequited love";



Dear You.

If you're happy, I'm happy for you too.
No matter who will be beside you,
I hope that I can be beside you one day.
Maybe as a friend?
Why did I like you? That'll be a secret.
Somehow, I see a man in you.
A man that can makes a woman happy.
Over hundred days I had been running from you.
But today, I decided to face you.
To face my own feelings. To fight myself.
For your happiness and mine too.
Several months are enough for me to hide and think.
I'm tired of running away.
Cuz, I still can see you every corner of my life.
On 30th July, I decided to come back.
I managed to face the reality and
became one of your friend.
I guess it's okay rather than nothing.
Thank you for the memories.
I hope you'll have a happy life,
and me too :)

Sincerely,
heartbroken girl.

No comments:

Post a Comment